MENGENAI KAMI

RUMAH KASIH HARMONI (RKH) merupakan sebuah rumah kebajikan yang menaungi seramai lebih 40 orang anak-anak yatim, anak fakir miskin, anak ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat (Asnaf Zakat).

RKH mula beroperasi dengan nama RUMAH KASIH HARMONI bermula pada awal tahun 2009 di sebuah rumah lot tepi beralamat di No. 33, Jalan AU 2A, Taman Seri Keramat,  Kuala Lumpur.

Pada mulanya RKH beroperasi tanpa nama di alamat di atas selama hampir sembilan tahun, ini adalah kerana ketika itu ada individu yang telah menaja sepenuhnya segala keperluan RKH.  Namun atas sebab-sebab yang tertentu jasa baik individu yang berkenaan tidak berpanjangan atas sebab-sebab yang tidak dapat pihak kami nyatakan disini .

Setelah itu RKH beroperasi sendirian tanpa penaja yang dimaksudkan di bangunan yang sama selama hampir dua tahun, Namun pihak kami menghadapi masalah untuk menampung keperluan RKH terutamanya sewaan bulanan bangunan, maka pemilik bangunan terpaksa menjual bangunannya kerana pemiliknya masih mempunyai tanggunggan dengan pihak kewangan.

Apabila asrama RKH telah terjual, maka anak-anak RKH ini telah kami agihkan kepada sebuah Yayasan (Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia – YKPPM) yang mempunyai beberapa rumah amal di sekitar Bandar Country Homes, Rawang.

Setelah RKH ditadbir di bawah YKPPM selama hampir 2 tahun, kini kami telah dapat menempatkan semula anak-anak RKH (hanya pelajar Puteri) semula ke Taman Keramat dan kedudukannya hanya di belakang asrama lama mereka.

Alamat terkini RKH bermula 1 Jan 2013 :

No.7, Jalan AU 2B, Taman Sri Keramat, 54200 Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Ustazah Khairul Bariah /Zahari : 017-3494313 / 013-3303430

This entry was posted in General. Bookmark the permalink.

2 Responses to MENGENAI KAMI

  1. Yan says:

    salam… bagaimana kami ingin ke RKH No. 1, Jalan Desa 13/3, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor, sekiranya kami menaiki pengangkutan awam? jika kami menaiki komuter/lrt di mana harus kami turun? sekian.. tq

    • admin says:

      Salam Yan,
      Sebenarnya saya pun tak pernah naik pengangkutan awam ke sini, cuma saya pernah dengar Ustaz Zahari kata dia pernah dari Keramat naik Komuter, lepas tu turun di Stesyen Rawang cuma dari situ dia naik teksi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>